QATAR
Qatar merupakan sebuah negara kecil berbentuk semenanjung kecil yang memanjang ke Teluk Persia dari sisi timur Semenanjung Arab. Arab saudi adalah di sebelah barat dan uni Emirat Arab ke selatan. Negara ini berbentuk Monarki yang dipimpin oleh raja dan keluarganya.
Dahulunya Qatar dikuasai oleh Inggeris sebagai transito kapal dagang sebelum menuju india.Setelah Perang Dunia Kedua, Qatar berusaha memperoleh kemerdekaannya terutama apabila india mencapai kemerdekaanya pada tahun 1950 an. Qatar makin bimbang setelah Inggeris memberi kemerdekaan kepada kuwait pada tahun 1961. Pemerintah Inggeris menyatakan akan menghentikan penguasaan politik tapi tetap meneruskan penguasaan ekonomi di Qatar. Hal ini tidak dibiarkan oleh qatar dengan membentuk Federasi Arab Teluk bersama dengan Bahrain. Namun akhirnya Qatar menjadi negara yang merdeka pada 3 september 1971 setelah dominasi Inggeris dan Kesultanan Uthmaniyah di Qatar.
Kilang Gas Alam dan Minyak Bumi
Qatar juga merupakan negara yang kaya dengan sumber penghasilan utamanya iaitu gas alam dan minyak bumi. Kandungan gas dan minyak bumi Qatar sangat banyak dan negara tersebut dinobatkan sebagai negara yang terbesar didunia, mereka mampu mengeluarkan 77 juta ton gas alam pertahun dan eksport ke negara-negara lain. Oleh itu Kekayaan negara ini menjadi daya tarik bagi para kerja dari negara-negara lain dalam segala sektor.
Selain itu, Qatar juga menjadi negara Olah Raga yang terkenal dan telah menjadi tuan rumah Piala dunia 2022 .dan dengan terpilihnya Qatar sebagai tuan rumah piala dunia 2022 maka terwujudlah impian terbesar Qatar. Qatar telah melakar sejarah sebagai negara Islam dan Arab pertama yang berjaya mendapatkan hak menganjurkan Piala Dunia.
Al-Shamal Stadium - Stadium baru yang bakal dibina yang diinspirasikan daripada bentuk kapal dagang
Lusail Iconic Stadium- bakal menyaksikan perlawanan pembukaan dan penentuan juara
Piala Dunia 2022
Al-Wakrah Stadium - Stadium baru yang bakal dibina dengan pelbagai kemudahan seperti kolam renang, spa dan shopping mall
http://feisafirmansyah.files.wordpress.com/2010/12/qatargas2.jpg
http://www.scribd.com/doc/18051685/SEJARAH-NEGARA-QATAR